Selasa, 24 Januari 2012

SELAMAT BERKURANG UMUR

mak,,,,hari ini tiba...
dalam pelukmu Suara yang manis dalam bisik daun-daun beralun lagu Tuhan di sayap angin malam, ku dengar kembali,
redup menyusup di bawah langit bertirai sepi,andainya dapat kuungkapkan rimbunan bahasa kesyukuran,akan aku persembahkan seluruh taat setia hanya untukmu mak,,,
kerana betapa dari berjuta benih aku telah dipilih-Nya menuai tangkai hayat di rimba rahimmu mak,,,,Semakin malam lagu Tuhan dari bibir syurgamu Meberiku Hidup yang damai dari keyakinan dan cintamu.Andainya dapat kutenun fajar musim yang berlalu, aku pohonkan takzim kerana walau seluruh perkebunan nurani mengalir zikrullah dan mujahadah,namun lazatnya syurga hanya untukmu mak...Andainya dapat kusimpul aura bahasa pengorbanan,
akan aku perhambakan seluruh kudrat kerana betapa dari degup nadi persenyawaan aku telah lahir darimu mak,,,
segala keberkatan pada takhta hati mu meletakkan aku di daerah hijau kehidupan.
Apakan aku lakukan setelah kini segala berubah,,Apakan cerita kita ini disanjung pujangga,Apakan ia sebaris kisah cinta agung yang gagal...
Senyuman mu, sentuhan mu, ucapan mu, gerak langkah mu, teguran mu, pelukan mu selalu kurindu,
Mengalir air matamu tidak sia-sia,isak tangismu tidak sia-sia,Pujuk rayumu tidak sia-sia
Jauh perjalananmu tidak sia-sia.

mak hari telah tiba,,mungkin ini adalh awal dariku,,ku persembahkan hanya untukmu,,,,


ciputat 14 februari 2011
salam takzim dari anakmu.

Muhamad Zaenal Arifin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar